27 September 2011

Kelebihan Dan Kelemahan Affiliate Marketing

Kelebihan utama buat duit dengan affiliate ialah anda tak perlu habiskan masa menghasilkan produk untuk mula menjana pendapatan; bagi menghasilkan sebuah eBook saja memakan masa sebulan. Sebaliknya, anda hanya perlu memilih produk yang ingin dipasarkan dan menjualnya kepada bakal pengguna dengan teknik pemasaran yang sesuai.Juga, memandangkan anda tidak perlu menghasilkan sebarang produk, anda tidak perlu susah payah fikir apa yang hendak dijual tanpa perlu membelanjakan sebarang wang untuk menghasilkan produk. Juteru, risiko yang anda ambil juga sangat rendah. Jika produk yang anda pilih gagal menghasilkan jualan, pilih saja produk berkaitan yang lain.Kelemahan utama buat duit dengan affiliate ialah saingan boleh jadi sangat hebat. Ini kerana, semua orang pun jual produk yang sama. Persoalan yang mesti anda jawab ialah, bagaimana nak pastikan pembeli memilih anda daripada affiliate yang lain? Salah satu cara ialah membina kredibiliti supaya pembeli lebih percayakan anda daripada affiliate lain.
Oleh itu, kemahiran menjual produk affiliate perlu anda kuasai. Teknik penulisan juga tak sama seperti menulis blog

Tiada ulasan: